fbpx

Jin BTS ‘terselamat’ daripada latihan ketenteraan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIN BTS

PENYANYI Jin daripada kumpulan BTS dibenarkan menunda tarikh menyertai latihan ketenteraan yang sepatutnya dilakukannya setelah mencecah usia 28 tahun.

Jin menyambut ulang tahun ke-28 pada 4 Disember dan merupakan anggota BTS yang paling berusia. Mengikut undang-undang di Korea Selatan, lelaki yang mencapai usia 28 tahun perlu menjalani latihan berkenaan selama 20 bulan.

Bagaimanapun, selepas berlaku perubahan syarat yang dikeluarkan Akta Perkhidmatan Ketenteraan baru-baru ini, Jin diberikan masa tambahan selama dua tahun kerana mengambil kira sumbangan besarnya terhadap negara menerusi populariti luar biasa BTS.

Ketika muncul dalam temu bual bersama CBS This Morning tidak lama dahulu, Jin berkata berkata, dia sentiasa bersiap sedia untuk melapor diri sekiranya dipanggil menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI