fbpx

Tiada perubahan syarat i-Sinar, permohonan bermula 21 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan, setakat ini tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat terhadap permintaan dan cadangan pihak berkepentingan.

Katanya, KWSP ingin menjelaskan bahawa setiap proses atau perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya sebelum dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.

“Dijangkakan sebahagian besar daripada 8 juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

“Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI