fbpx

Selepas Bitto, Kogyeol pula positif pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOGYEOL

SEORANG lagi ahli kumpulan UP10TION, Kogyeol disahkan positif Covid-19 selepas anggota kumpulan itu yang bernama Bitto dijangkiti pandemik berkenaan minggu lalu.

Agensi pengurusan UP10TION, TOP Media dalam satu kenyataan mengesahkan Kogyeol positif meskipun semua anggota UP10TION yang lain negatif.

“Selepas Bitto disahkan positif, semua petugas dan artis sudah menjalani ujian calitan kerana bimbang berisiko menjadi kontak rapat penyanyi itu.

“Bagaimanapun, keputusan yang keluar pada 1 Disember menunjukkan Kogyeol disahkan positif. Sementara Kuhn, Gyujin, Hwanhee, Sunyoul dan Xiao pula negatif,” ujarnya.

Selepas Bitto dijangkiti Covid-19 agensi berkenaan telah mengarahkan semua artis dan petugas menjalani ujian saringan.

Meskipun kebanyakan daripada mereka didapati negatif, namun TOP Media memaklumkan bahawa semua artis wajib menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari termasuklah pengurus masing-masing.

Petugas seperti jurugaya rambut, pakaian dan solekan juga disahkan negatif termasuklah artis lain yang bernaung bawah agensi berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI