fbpx

Pembeli tunggu jawapan 16 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zairi menunjukkan surat yang dihantar kepada Menteri Besar Selangor dan jawapan dari pejabat Menteri Besar berhubung status Projek Pangsapuri Rimau Indah Fasa 4 yang terbengkalai kepada pemberita hari ini. FOTO : ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Seramai 355 pembeli perumahan Pangsapuri Rimau Indah Fasa 4 di sini yang terbengkalai sejak 19 tahun lalu mendapat sinar baharu apabila status berhubung projek itu akan diketahui pada 16 Disember ini.

Projek perumahan yang mempunyai empat blok dan 350 unit itu dimulakan pada tahun 2001 dan dijadualkan siap 2005 sebelum terbengkalai.

Pengerusi Badan Bertindak Projek Terbengkalai Pangsapuri Rimau Indah Fasa 4, Zairi Moh berkata, pihaknya mengharapkan satu jawapan yang konkrit daripada kerajaan negeri bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Katanya, pihaknya telah menghantar surat rasmi pada 9 November lalu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi mengetahui status projek perumahan itu.

“Kita telah mendapat maklum balas apabila kerajaan negeri meminta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail mengambil tindakan selanjutnya

“Berdasarkan surat bertarikh 16 November lalu dikeluarkan kerajaan negeri itu termasuk salinan diterima saya memaklumkan pihak Menteri Besar Selangor menerusi Rodziah akan memberikan maklum balas dalam tempoh sebulan iaitu 16 Disember ini,”katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Kosmo! pada 8 November lalu melaporkan penantian para pembeli Pangsapuri Rimau Indah Fasa 4 di Bukit Rimau di sini untuk menduduki rumah idaman tersebut terus berlanjutan apabila projek perumahan itu masih terbengkalai sejak 19 tahun lalu.

Lebih menghairankan apabila tiada sebarang perkembangan projek walaupun dikatakan mendapat peruntukan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) bagi kerja-kerja pembinaan semula.

Mengulas lanjut, Zairi mendakwa terdapat sebahagian pembeli telah disenarai hitam dan diisytiharkan muflis susulan menanggung pembelian projek perumahan yang tidak ubah menjadi projek gajah putih.

“Sudah lama kami menderita dan berharap ada jawapan yang positif daripada pihak kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI