fbpx

Chungha positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHUNGHA disahkan positif Covid-19.

PETALING JAYA – BEKAS anggota kumpulan I.O.I, Chungha disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut disahkan syarikat pengurusannya, MNH Entertainment dalam satu kenyataan hari ini.

“Kami ingin mengumumkan bahawa Chungha disahkan positif Covid-19. Chungha baru mendapat tahu dia mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti virus Covid-19.

“Chungha telah membuat ujian calitan Covid-19 dan keputusan ujian tersebut ialah positif,” ujar syarikat pengurusannya dalam kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Chungha yang kini bergerak solo terpaksa menunda semua aktiviti seni bagi menjalani kuarantin kendiri.

“Chungha telah menangguhkan segala aktiviti seni dan akan mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak kesihatan.

“Semua artis dan kakitangan agensi yang bertemu dengan Chungha telah menjalani ujian saringan. Pihak agensi juga akan membuat proses nyah kuman di seluruh kawasan pejabat dan kami juga akan melakukan yang terbaik untuk menjaga semua artis bawah agensi,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI