fbpx

354 serbuan premis judi di SPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota polis memerhatikan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat pemotongan bekalan elektrik di sebuah premis yang dipercayai terlibat dengan kegiatan perjudian haram dalam daerah Seberang Perai Tengah (SPT) baru-baru ini. FOTO: IHSAN PDRM

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Sebanyak 354 serbuan telah dibuat terhadap semua jenis aktiviti perjudian dalam daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menerusi Ops Dadu sepanjang tahun ini dengan jumlah tangkapan seramai 480 orang.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, peningkatan itu agak ketara berbanding hanya 72 tangkapan daripada 366 serbuan yang dibuat tahun lalu.

Beliau berkata, daripada 354 serbuan tahun ini, 262 daripadanya melibatkan aktiviti judi loteri awam haram, 76 judi online dan 16 lain-lain aktiviti perjudian.

“Jumlah rampasan wang tunai juga meningkat daripada hanya RM5,625 tahun lalu kepada RM41,273 tahun ini.

“Pada masa sama, jumlah pemotongan bekalan elektrik di premis-premis yang disyaki terlibat dengan aktiviti tersebut turut bertambah daripada 10 buah tahun lepas kepada 41 buah premis sepanjang tahun ini sahaja,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Shafee memberitahu, hasil siasatan pihaknya mendapati, kegiatan itu beroperasi dengan cara berselindung di sebalik perniagaan kedai menjual pakaian, rumah kedai serta kedai telefon.

“Justeru, tindakan pemotongan elektrik dibuat di bawah Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1966,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI