fbpx

Timbalan pengarah operasi didakwa seleweng duit raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang timbalan pengarah operasi sebuah jabatan kerajaan bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan peruntukan duit raya sempena sambutan Aidilfitri yang lalu berjumlah RM22,500.

Suspek berusia 53 tahun itu ditahan di pejabat SPRM negeri kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Menurut sumber, lelaki terbabit didakwa telah menyalahgunakan kuasa dengan menyeleweng peruntukan bantuan duit raya Aidilfitri sebanyak RM22,500 yang diterima daripada kerajaan negeri.

“Wang bantuan tersebut adalah untuk diagihkan kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 seorang.

“Walau bagaimanapun bantuan itu tidak diagihkan kepada penerima yang layak,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata ketika dihubungi mengesahkan penahanan timbalan pengarah operasi tersebut.

“Suspek yang disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 akan dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI