fbpx

Laluan ke Kampung Dalam Huma ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien Mamat meninjau persediaan pelaksanaan PKPD di sekitar Madrasah Ad-Diniah Al-Falah dan Kampung Dalam Huma, Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Tiga sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di laluan keluar dan masuk ke Kampung Dalam Huma, Mukim Bukit Awang di sini telah dilaksanakan susulan satu kluster baharu dikenali Kluster Huma dikesan di kawasan itu kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, sekatan itu dijalankan khususnya di persekitaran pusat pengajian pondok Madrasah Ad-Diniah Al-Falah mulai semalam.

Katanya, langkah itu dijalankan lebih awal meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan itu bermula esok.

Ujarnya, langkah itu bertujuan untuk memudahkan saringan awal dan sebarang pemakluman sebelum pelaksanaan PKPD kepada penduduk yang terlibat.

“Setakat ini, semua pintu utama masuk ke pondok itu telah ditutup kerana lebih 100 penghuni yang telah telah menjalani ujian saringan Covid-19 sedang menunggu status kesihatan mereka.

“Sebahagian daripada warga pondok itu sudah disahkan positif Covid-19 dan telah menjalani tempoh kuarantin. Oleh itu, penduduk sekitar juga akan menjalani proses saringan yang dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM) dari rumah ke rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau perkembangan sekatan laluan utama SJR Kluster Huma di sini hari ini.

Negeri Kelantan semalam merekodkan kes harian sebanyak 35 kes baharu di daerah ini.

Data Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menunjukkan 19 kes positif Covid-19 bagi daerah ini melibatkan kes di Mukim Bukit Awang ya g merupakan kontak rapat Kluster Huma.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, penduduk berhampiran kawasan itu juga mempunyai risiko dan tahap kebarangkalian positif yang tinggi kerana sebahagiannya pernah datang solat berjemaah dan bergaul dengan warga pondok.

Tambahnya, penduduk dan warga pondok Madrasah Ad-Diniah Al-Falah tidak perlu bimbang sekiranya PKPD dilaksanakan di kawasan itu kerana kebajikan mereka tetap dijaga termasuk keperluan makanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI