fbpx

Alahai, ingat Sweet Qismina nak  umum tarikh kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI romantik pasangan pelakon muda, Sweet Qismina dan Adam Lee.

BEBERAPA hari lalu, teman baik Diva, Cik Intan menunjukkan sekeping foto yang dimuat naik Sweet Qismina dalam Instagramnya.

Menurut Cik Intan kapsyen foto romantis yang memaparkan teman lelakinya, Adam Lee mencium tangannya itu pada mulanya menimbulkan tanda tanya ramai.

“Lagi dua minggu,” tulis Sweet.

Memang ‘menggelupurlah’ netizen sebab masing-masing fikir Sweet akan umumkan tarikh hari bahagianya.

Tetapi, hasil siasatan Diva, foto tersebut merupakan promosi drama terbaharu gandingan mereka. Rasanya bukan Cik Intan sahaja yang salah faham, ramai rakan artis turut meninggalkan komen berbaur sama kerana menyangka pasangan sejoli itu bakal mengumumkan tarikh perkahwinan.

Kalau benar nak umum tarikh kahwin pun apa salahnya. Sweet dan Adam pun bukan baru sahaja bercinta.

DIVA: Sedap juga lagu baharu Tya Ariffin, Bagaikan Mutiara. Melekat pula liriknya dalam kepala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI