fbpx

25,000 pelindung muka untuk petugas barisan hadapan Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syahilawani (berdiri kiri) meninjau kerja-kerja menyediakan pakaian Peralatan Pelindung Diri (PPE) oleh sukarelawan KRT di Taman Sri Menegun hari ini. FOTO: ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG – Sebanyak 25,000 pelindung muka akan disalurkan kepada petugas barisan hadapan di daerah ini.

Ini meilibatkan petugas di Hospital Klang, Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan IPD Klang Selatan yang akan diagihkan pada 17 Disember depan.

Pegawai Perpaduan Daerah Klang, Syahilawani Noordin berkata, sumbangan tersebut daripada 60 sukarelawan daripada enam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) iaitu Taman Sri Menegun, Taman Menara Maju, Taman Sentosa Zon A, Taman Pendamar Indah 2, Pandamaran Jaya dan Jalan Sungai Alur.

“Turut akan disumbangkan adalah pakaian Peralatan Perlindungan Diri (PPE) iaitu anak tudung sebanyak 9,000 unit dan 1,000 pakaian isolasi.

“Ini merupakan dana diperuntukkan Kementerian Perpaduan Negara sebanyak untuk penyediaan kesemua pelindung muka dan pakaian PPE sejak tiga minggu lalu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena lawatan Orang Besar Daerah Klang, Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir di KRT Taman Sri Menegun di sini.

Norsyahilawani menegaskan sebanyak 117 KRT di Daerah Klang turut menyumbang dana tambahan sebanyak RM23,400 untuk penambahan pembelian peralatan penjagaan diri sepanjang pandemik Covid-19 ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI