fbpx

Terus patuh SOP ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAFIEN (kanan) semasa meninjau pusat pemindahan sementara banjit di Sekolah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu hari ini. Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Orang ramai yang terkesan akibat bencana banjir di negeri ini disaran agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa-mangsa banjir juga tidak terlepas daripada dikenakan kompaun sekiranya tidaka mematuhi SOP yang ditetapkan.

Katanya, seperti bencana banjir tahun-tahun lalu, orang ramai juga tidak dibenarkan sama sekali bermain air tidak kira sama ada secara sendirian atau dengan menaiki kenderaan.

“Sekiranya dikenakan kompaun, jangan marah pihak polis kerana kita sudah lama mengeluarkan arahan ini.

“Jadi, saya ingin menyarankan agar orang ramai mematuhi sepenuhnya SOP terutamanya tidak menaiki kenderaan melebihi tiga orang. Sekali lagi saya ingatkan, jangan sesekali mengambil kesempatan bermain air banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu mengadakan lawatan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan ( SK) Tiong di sini hari ini.

Seramai 56 mangsa banjir melibatkan 12 keluarga termasuk dua orang kelainan upaya (OKU) dipindahkan ke PPS SK Tiong pada pukul 4.30 petang semalam selepas selepas rumah mereka dinaiki air setinggi 1.5 meter.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, setakat ini, beliau berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP dalam kalangan rakyat Kelantan

Sementara itu, ujarnya, PPS SK Tiong merupakan pusat pemindahan yang terawal dibuka yang menempatkan mangsa banjir yang berusia dalam lingkungan lapan bulan hingga 70 tahun.

“Mangsa banjir kini dibekalkan pelbagai kemudahan termasuk bekalan makanan, internet dan keperluan lain untuk kemudahan anak-anak mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian sepanjang berada di PPS,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI