fbpx

Posmen maut, rempuh kereta buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal Honda EX5 dinaiki Mohammad Musnizam yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 136, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran gerai lemang Kijal dekat Kemaman semalam.

KEMAMAN – Gara-gara sebuah kereta membuat pusingan U, seorang posmen yang menunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 136, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran deretan gerai jualan lemang Kijal dekat sini semalam.

Dalam kejadian 5.50 petang itu, Mohammad Musnizam Mohd Jahuary, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, Mohammad Musnizam dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya dekat sini.

“Setiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa gagal mengelak sebuah kereta Honda Accord dipandu seorang pesara guru berusia 60 tahun yang dikatakan tiba-tiba membuat pusingan U.

“Impak rempuhan tersebut telah menyebabkan mangsa tercampak sejauh beberapa meter dari motosikalnya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, pemandu kereta Honda Accord yang berasal dari Bukit Keluang di sini tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mayat Mohammad Musnizam telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI