fbpx
Gambar hiasan.

PDRM umum pertukaran sembilan pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan sembilan orang pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa bermula 4 Januari tahun hadapan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mendahului senarai pertukaran adalah Timbalan Pengarah Forensik/ Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri.

Menurut beliau, Mohd. Azman akan menggalas jawatan sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/ Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Ketua Penolong Pengarah (D14) Siasatan Jenayah Terancang, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mustapha pula dilantik menjadi Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit AMan.

“Manakala, Ketua Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia KPN (Pentadbiran), Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner R. Rajagopal akan menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan), JSJ Komersil Bukit Aman.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan hari ini yang turut mengumumkan tentang pertukaran jawatan di antara Ketua Polis Daerah Miri, Sarawak, Asisten Komisioner Lim Meng Seah dengan Ketua (D10) Fizikal, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Sh. Abdullah.

“Meng Seah akan menjawat jawatan sebagai Ketua (D10) Fizikal, JSJ Bukit Aman manakala Shaikh Abdul Adzis akan menggalas tugas sebagai Timbalan Komander Bridged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Sarawak.

“Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pelaburan Bersindiket/Kad Elektronik/Lain-lain Jenayah), JSJ Komersil Bukit Aman, Asisten Komisioner Wong Ing Fung akan ditukarkan menjadi Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi), Perak,” katanya.

Jelas Asmawati, kekosongan yang ditinggalkan oleh Ing Fung pula akan diisi oleh Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundangan), Pulau Pinang, Asisten Komisioner Ruslan Ibrahim.

“Turut ditukarkan adalah Penolong Pengarah Latihan (Urus Tadbir/Latihan) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Noraziah Zakaria yang akan menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Perak.

“Pertukaran terakhir melibatkan Timbalan Komander Bridged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Sarawak, Asisten Komisioner Hakemal Hawari yang akan menggalas jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Miri, Sarawak,” ujar beliau. – K! ONLINE

BERITA BERKAITAN