fbpx

Lans Koperal direman rasuah RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lans Koperal direman lima hari berhubung rasuah RM4,000.

SHAH ALAM – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung meminta suapan bernilai RM4,000 bagi menutup sebuah kes berkaitan fitnah, Isnin lalu.

Perintah tahan reman itu terhadap suspek berusia 28 tahun dikeluarkan Timbalan Pendaftar, Wan Noora Nisa Ngadirin.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bergari dan diiringi pegawai SPRM hadir ke kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi diwakili peguamnya, Sallehuddin Salam.

Sumber memaklumkan suspek yang bertugas di sebuah pondok polis di daerah ini telah ditahan pukul 4.25 petang di sebuah restoran juga di daerah ini.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek telah mendekati seorang individu dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai penyiasat berhubung laporan polis berkaitan fitnah yang dilakukan sebuah syarikat.

“Bagi menutup kes tersebut, suspek telah meminta wang RM4,000 daripada individu berkenaan bagi menutup kes berkenaan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan perkara tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI