fbpx

Khabib mungkin buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHABIB mungkin keluar daripada persaraan jika dibayar dengan nilai tinggi. - AFP

LONDON – Bintang seni bela diri campuran (MMA) dunia, Khabib Nurmagomedov mungkin kembali dari persaraan sekiranya ditawarkan AS$100juta (RM407.4juta).

Presiden UFC, Dana White sebelum ini dikatakan telah berjumpa Khabib dan memujuknya untuk kembali bertarung namun petinju berusia 32 tahun itu masih kekal dengan keputusannya itu.

Khabib mengumumkan persaraan dalam UFC bagi mengotakan janji ibunya berikutan kehilangan bapa yang merangkap jurulatihnya, Abdulmanap Nurmagomedov.

Abdulmanap meninggal dunia pada Julai lalu ketika berusia 57 tahun selepas mengalami komplikasi akibat jangkitan penyakit Covid-19.

Pengumuman tersebut ter­nyata menggemparkan arena UFC memandangkan bintang Rusia tersebut berada pada kemuncak prestasi dengan mencatatkan rekod 29 kemenangan tanpa kalah.

“Sekiranya anda memutuskan untuk bersara dan keputusannya adalah muktamad tetapi perkara yang akan berlaku adalah Dana White akan menawarkan saya tawaran yang lumayan.

“Sebagai contoh, jika tawaran tersebut AS$100 juta mungkin sukar untuk membuat keputusan. Kita akan lihat perancangan Dana White macam mana.

“Tawaran tersebut mungkin berlaku pada akhir tahun ini di Abu Dhabi. Tidak akan ada pertandingan menentang (Conor) McGregor dan saya tidak berminat untuk berdepannya kerana saya telah telah menumbangkannya dengan mudah,” kata Khabib. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI