fbpx
Gambar hiasan

Harga RON95, RON97 naik tiga sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 naik tiga sen kepada RM1.70 seliter berbanding RM1.67 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 11 Disember depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 juga naik tiga sen daripada RM1.97 kepada RM2.00 seliter.

“Harga runcit diesel pula naik lima sen iaitu daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90 seliter,” katanya.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – K! ONLINE