fbpx

Ekonomi diunjur berkembang 7 peratus 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ekonomi negara dijangka akan terus berada pada fasa pemulihan sebelum melonjak sehingga tujuh peratus pada tahun hadapan berbanding penguncupan 4.8 peratus tahun
ini susulan prospek pengawalan berkesan penularan wabak Covid-19.

Unjuran oleh MIDF Research itu selari dengan ramalan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang ditetapkan Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan iaitu antara 6.5 hingga 7.5 peratus.

Menurut Ahli Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, jangkaan itu sebahagian besarnya dipacu pemulihan dalam penggunaan swasta selain peningkatan perbelanjaan perniagaan.

Jelasnya, permintaan luaran akan turut menyokong pertumbuhan eksport negara yang diunjurkan berkembang 5.3 peratus tahun hadapan selepas dijangka menyusut 3.5 peratus tahun ini.

“Pertumbuhan akan dilihat dalam semua sektor ekonomi daripada perkhidmatan yang menjadi penyumbang terbesar ekonomi negara sehinggalah sektor pembinaan yang akan menyaksikan
pertumbuhan tertinggi iaitu 17.7 peratus tahun hadapan.

“Kadar pengangguran pula dijangka menurun kepada 3.6 peratus pada penghujung tahun 2021.

“Perbelanjaan pengguna dijangka melonjak menerusi inisiatif kerajaan seperti Bantuan Prihatin Rakyat yang meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat,” katanya dalam taklimat media Tinjauan Pasaran 2021 MIDF yang diadakan secara maya semalam.

Dalam pada itu, Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md. Yusof mengunjurkan sektor berasaskan komoditi akan mengalami peningkatan berbanding tahun ini dengan jangkaan harga purata minyak mentah Brent pada AS$51 (RM207.70) setong manakala purata harga minyak sawit mentah adalah RM2,700 setan pada 2021.

Katanya, kadar dasar semalaman dijangka akan dinaikkan sehingga 25 mata asas menjelang penghujung 2021 kepada dua peratus dan ringgit akan terus mengukuh disebabkan lonjakan
harga minyak dan permintaan kepada RM4.04 berbanding dolar Amerika Syarikat pada akhir tahun depan.

“Indeks penanda aras negara FBM KLCI pula dijangka mencecah paras 1,700 mata,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI