fbpx
Sharul Kamal.

Syed punya hal, Sharul Kamal pula dapat nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Gara-gara berimej rambut panjang, penyanyi Sharul Kamal disalah anggap oleh sesetengah netizen sebagai pendakwah muda yang kini dalam tahanan reman polis selepas terlibat dengan dakwaan kes rogol.

Dalam laman Twitter, nama pendakwah Syed sohor kini dengan tanda pagar #standwithdaisyed selepas ramai yang menyatakan sokongan terhadapnya.

Bagaimanapun, di sebalik sokongan yang diterima, nama Sharul muncul dalam platform berkenaan selepas ada netizen yang keliru dengan persamaan wajah serta gaya rambut panjang mereka.

“Aku tidak kenal siapa Syed. Terkejut ingatkan artis yang azan suara merdu itu. Sharul Kamal tak silap nama dia. Mujurlah bukan dia, fuh,” tulis seorang pengguna.

Sedar ramai yang menyamakan dirinya dengan pendakwah itu, Sharul sebelum ini bagaimanapun pernah menyatakan wajah mereka sangat jauh berbeza.

“Ramai yang kata begitu. Tapi jauh beza. Saya muka gengster. Syed lelaki comel,” tulisnya ketika membalas satu ciapan peminat dalam Twitter pada 25 November lalu.

Sejak minggu lalu, dunia hiburan tanah air hangat dengan isu penahanan Syed atau nama lengkapnya Syed Shah Iqmal selepas polis menerima laporan rogol daripada beberapa mangsa wanita.

Sehingga kini, terdapat tujuh laporan polis yang dibuat ke atas pendakwah berusia 25 tahun itu. Dia bagaimanapun masih dalam tahanan reman. – K! ONLINE