fbpx

Projek ladang e-Satelit dijangka tarik golongan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Yunus (dua dari kiri) ketika melakukan lawatan kerja Projek Ladang e-Satelit di Kampung Damak, Selama hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS

LARUT – Projek Ladang e-Satelit yang menggunakan sistem fertigasi pintar dijangka mampu menarik golongan muda untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Azulita Salim berkata, ladang e-Satelit merupakan projek pengeluaran sayur-sayuran yang menggunakan sistem Internet of Thing (IOT) yang melibatkan penggunakan teknologi dalam aktiviti membaja dan meracun tanaman.

“Ia berasaskan replikas bisnes model yang telah berjaya dilakukan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Selangor.

“Projek tersebut juga terbukti berjaya meningkatkan penghasilan dan kualiti pengeluaran selain menjimatkan kos buruh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan, Datuk Abdul Yunus Jamhari pada program Lawatan Kerja Projek Ladang e-Satelit di sini hari ini.

Tambah Azulita, pihaknya telah menerima cadangan untuk mengadakan projek sama di atas tanah seluas kira-kira dua hektar di Kampung Damak, Selama dekat sini sebagai projek rintis di negeri ini.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata, kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada LPP melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan RM200,000 daripada peruntukan tersebut telah diluluskan kepada PPK Selama untuk projek pengeluaran agromakanan berkenaan.

“Dalam fasa pertama dan kedua projek sayuran di PPK Selama dilaksanakan secara konvensional sejak 2018.

“PPK Selama sebelum ini berjaya menghasilkan pengeluaran sayuran termasuk cili, timun, petola, bendi, kacang panjang, peria, terung dan jagung kira-kira 90.77 metrik tan dengan nilai RM183,377 secara keseluruhan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN