fbpx

Polis siasat dakwaan dera pekerja Top Glove  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang anggota keselamatan didakwa mendera seorang pekerja asing yang tular dalam Facebook.

SHAH ALAM – Polis Selangor telah menjalankan siasatan menyeluruh dakwaan syarikat Top Glove mengenai pekerja asing mereka dikasari anggota keselamatan di kawasan asrama kilang yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jurucakap Khas Ops Covid-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung insiden itu petang semalam.

“Ya, kita memang ada terima laporan polis daripada Top Glove mengenai dakwaan itu (kekasaran anggota keselamatan).

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan penularan rakaman video berdurasi 19 saat memaparkan seorang lelaki dipercayai pekerja asing didera seorang anggota keselamatan yang memakai pakaian tentera dalam laman sosial Facebook.

Menerusi video tersebut, lelaki berpakaian celoreng tentera itu memegang alat seperti cambuk mengarahkan pekerja asing yang dikatakan melanggar perintah kuarantin PKPD itu berguling atas tanah.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dalam sidang akhbar  menjelaskan pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu dan siasatan awal mungkin berpunca disebabkan provokasi.

“Kami telah membuat siasatan awal, apa yang saya mahu nyatakan di sini, saya menyeru masyarakat, orang yang dalam kawalan kuarantin ini dapat berikan kerjasama, saya tahu anggota saya bertindak sedikit melebihi batas, saya minta maaf.

“Mereka bertugas 24 jam, bermacam-macam cabaran dan isu dihadapi, namun kita tidak mendengar sebarang aduan dan mereka dapat beri sumbangan apatah lagi ketika negara menghadapi masalah dan bencana ini.

“Mungkin terlepas satu atau dua dan mungkin provakasi serta tindakan-tindakan luar, mungkin terkeluar perkataan seperti itu, kalau boleh semua bekerjasama ikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI