fbpx
Ronald (dua dari kiri) menunjukkan dokumen perjanjian konsesi berkenaan di Auditorium Tun Ahmad Sarji, Lembaga Pertubuhan Peladang di sini hari ini.

Konsesi penswastaan Bernas dilanjutkan 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melanjutkan konsesi penswastaan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) selama 10 tahun bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pelanjutan itu penting dan relevan bagi melindungi komoditi strategik khususnya beras sebagai makanan ruji rakyat Malaysia.

“Bernas diberikan hak selaku pengimport beras ke dalam negara berdasarkan kuota bagi menampung kekurangan pengeluaran dalam negara seperti yang ditetapkan kerajaan.

“Sebagai timbal balik, Bernas perlu melaksanakan obligasi sosial yang ditetapkan kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian konsesi antara kerajaan dan Bernas di Auditorium Tun Ahmad Sarji di Lembaga Pertubuhan Peladang di sini hari ini. – K! ONLINE