fbpx

KKM belanja RM1.17 bilion usaha tangani Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membelanjakan sebanyak RM1.167 bilion sehingga 31 Oktober lalu dalam usaha menangani pandemik Covid-19 di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, angka itu melebihi jumlah peruntukan disalurkan oleh Kementerian Kewangan kepada KKM iaitu sebanyak RM1 bilion.

“KKM telah membelanjakan RM1.17 bilion, ia temasuk peruntukan sedia ada kementerian bagi pembelian peralatan, bekalan perubatan, barangan pakai habis (consumables), kelengkapan perlindungan diri (PPE), reagen dan kit ujian serta lain-lain perkhidmatan.

“Peruntukan tersebut digunakan untuk untuk semua fasiliti KKM termasuk hospital, klinik kesihatan dan klinik pergigian,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) tentang perbelanjaan KKM dalam menangani pandemik Covid-19 sejak 18 Mac sehingga 31 Oktober 2020.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI