fbpx

Jakim dirujuk dalam perolehan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjadi entiti yang dirujuk dalam proses perolehan vaksin Covid-19 untuk negara dan berada dalam Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata, ini bagi memastikan umat Islam di negara ini mendapat kefahaman jelas berhubung keharusan vaksin yang diperoleh daripada aspek hukum syarak.

“JKJAV dipertanggungjawabkan untuk memperoleh vaksin Covid-19 untuk negara dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Menteri Kesihatan.

“Di dalam proses itu, Jakim dirujuk dan berada dalam jawatankuasa di bawah JKJAV bagi memastikan umat Islam memperoleh kefahaman yang jelas berhubung keharusan vaksin dari segi hukum syarak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media berhubung pandangan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah agar pihak berkuasa agama dirujuk dalam perolehan vaksin Covid19.

Ahmad Amzad berkata, Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak tahun 1988 lagi telah mengeluarkan berbagai pandangan hukum berkaitan vaksin dan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI