fbpx

127,000 pekerja warga asing di Pulau Pinang akan jalani saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jagdeep Singh bergambar bersama ahli-ahli majlis di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jalan Padang Kota Lama, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri akan memantau proses saringan Covid-19 yang akan dijalankan terhadap kira-kira 127,000 pekerja warga asing yang bekerja di pelbagai sektor di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, pada masa ini ujian saringan terhadap pekerja warga asing itu telah dijalankan secara berperingkat oleh pihak majikan dan laporan mengenainya akan dikemaskini kepada kerajaan negeri.

“Pulau Pinang mempunyai kira-kira 127,000 pekerja asing di pelbagai sektor dan kini ujian saringan Covid-19 terhadap mereka dijalankan secara berperingkat oleh majikan.

“Kerajaan negeri akan memantau proses ini dan dua hari lalu kita terima laporan sebuah asrama pekerja asing yang menempatkan 3,000 pekerja telah selesai jalankan ujian serta masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, bermula 1 Disember, majikan perlu melakukan saringan Covid-19 terhadap pekerja warga asing di beberapa kilang yang dikenal pasti oleh Kementerian Sumber Manusia.

Katanya sebagai permulaan, ujian itu tertumpu kepada kawasan berisiko tinggi di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang.

Menurut Jagdeep semua pihak akur dengan arahan Kerajaan Pusat yang mewajibkan ujian saringan Covid-19 terhadap pekerja warga asing namun kemampuan majikan daripada segi kos yang ditanggung perlu diambil perhatian.

“Wabak ini telah memberi kesan yang besar terhadap ekonomi dan ada majikan yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh akibat daripada pandemik ini.

“Namun para majikan diminta untuk menanggung kos pemeriksaan untuk pekerja warga asing dan keadaan ini amat membebankan bagi pihak majikan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI