fbpx

Pusat pemindahan Kampung Jimah Lama ditutup tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penduduk Kampung Jimah lama yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Balairaya Kampung Jimah.

PORT DICKSON – Pusat pemindahan sementara di Balairaya Kampung Jimah Lama, dekat sini tutup pada 12 tengah hari tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata, pihaknya menerima arahan penutuap itu susulan keadaan banjir kilat di kampung berkenaan semalam mula terkawal hari ini.

“Kami telah menerima arahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Port Dickson, Khairy Maamor untuk menutup pusat berkenaan tengahari ini. Kami juga melihat keadaan cuaca bertambah baik dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sehingga pagi tadi, seramai empat keluarga melibatkan 22 mangsa berada di pusat pemindahan berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air susulan banjir kilat yang berlaku awal pagi semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Azri memberitahu, pihaknya akan sentiasa melakukan tinjauan di kawasan berkenaan susulan ia merupakan lokasi berisiko banjir kilat.

“Kami akan kerap melakukan tinjauan dan memantau keadaan semasa di Kampung Jimah Lama di mana kampung ini berisiko tinggi terjejas akibat banjir kilat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI