fbpx

PDRM siasat lelaki ugut tembak Ketua Polis Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung kenyataan seorang individu yang mengugut akan menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador selain menyerang Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya juga kini sedang mengesan suspek untuk tindakan lanjut.

“Ada dakwaan mengatakan suspek kurang siuman namun kita akan tahan terlebih dahulu untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI