fbpx

Ahli Parlimen keluar Dewan Rakyat berikutan amaran kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

PETALING JAYA – Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pagi ini terpaksa ditangguhkan seketika berikutan amaran kebakaran yang dikeluarkan oleh pentadbiran Parlimen.

Kejadian itu berlaku selepas kira-kira 18 minit selepas sidang Dewan Rakyat berlangsung dan amaran itu dikeluarkan semasa sesi soal jawab oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menangguhkan sidang kira-kira pukul 10.18 pagi ini bagi membolehkan semua Ahli Parlimen dan pegawai bertugas keluar dari bangunan Parlimen.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd. Rashid Hasnon mengesahkan bahawa situasi dalam keadaan terkawal dan sidang Dewan Rakyat disambung semula. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI