fbpx

Tidak dapat beli arak, penganggur pukul adik dengan kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang kaki botol yang berang kerana tidak dapat membeli minuman keras bertindak di luar kawalan apabila mencederakan adiknya dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap ahli keluarganya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Murni, Butterworth di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku selepas permintaan penganggur berusia 34 tahun itu untuk mendapatkan wang bagi membeli arak tidak diendahkan keluarganya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek dikatakan mengamuk selepas ditegur adiknya berusia 31 tahun kerana mendesak ibunya memberikan wang.

“Dia menghemburkan kata-kata lucah kepada mereka yang berada di dalam rumah sebelum memukul mangsa dengan kerusi plastik sehingga luka pada lengan kiri dan jari kanan.

“Kejadian itu bagaimanapun dileraikan selepas bapa mangsa bergegas ke balai polis bagi mendapat bantuan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, suspek yang berjaya dicekup itu baru sahaja dibebaskan dari penjara pada Oktober lalu dan mempunyai beberapa rekod jenayah.

“Siasatan mendapati suspek kerap mengamuk setiap kali meminta wang daripada ibu bapanya untuk membeli minuman keras.

“Namun, ketika kejadian kebetulan adiknya yang tidak tinggal bersama datang melawat dan telah menegur sikap suspak sehingga menyebabkan lelaki itu berang,” katanya lagi.

Beliau berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI