fbpx
MARQUEZ terpaksa berehat sepanjang musim ini selepas mengalami kecederaan ekoran terlibat dalam kemalangan pada aksi pusingan pertama di Jerez. – AFP

Proses pemulihan Marquez lambat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Repsol Honda, Alberto Puig mengakui proses pemulihan kecederaan juara dunia enam kali, Marc Marquez terlalu perlahan berbanding jangkaan.

Pelumba Sepanyol itu tidak beraksi sepanjang perlumbaan musim ini berikutan kemala­ngan pada aksi pusingan pembukaan musim 2020 di Grand Prix (GP) Jerez.

Marquez mengalami kece­deraan patah tulang humerus (tulang lengan) kanan sekali gus berdepan proses yang panjang untuk pulih.

“Saya tidak dapat membe­ri­tahu anda sesuatu yang saya tidak tahu kerana yang pertama saya bukan doktor tetapi apa yang kami dapat jelaskan adalah berdasarkan program yang kami putuskan bersama pakar, harap segalanya berjalan dengan lancar.

“Saya akui proses ini lebih lambat berbanding yang kami harapkan. Tidak semua situasi seperti yang anda jangkakan.

“Ini yang saya dapat terangkan kepada semua. Kami selalu harapkan Marquez mampu bersama kami tahun ini tetapi ia tidak berlaku, semestinya kecewa tetapi Marquez dalam proses pemulihan dan kita harap tahun depan dia mampu untuk kembali bersama.

Honda akan memastikan bahawa Marquez akan kembali ke saingan MotoGP pada tahun 2021.

Sementara itu, adik Marquez, Alex yang akan menyertai LCR Honda tahun depan mengakui proses pemulihan abangnya lancar.

“Marq dalam keadaan baik dan sedang menjalani proses pemulihan. Saya yakin dia akan bangkit dan sudah pasti ia bukan satu proses yang mudah,” kata Alex. – AGENSI

BERITA BERKAITAN