fbpx

Kerat, jual kepala manusia untuk ‘tarik’ wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA suspek yang ditahan kerana disyaki menjual kepala anggota polis di Nigeria, - Daily Star

ABUJA, Nigeria – Dua suspek lelaki ditahan kerana disyaki memancung kepala dua anggota polis dan menjualnya pada harga 1,000 Naira (RM10) di Nigeria, lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Pihak berkuasa Nigeria masih menyiasat pembunuhan ngeri itu manakala media tempatan melaporkan bahawa kedua-dua suspek dibawa berarak di khalayak ramai sebagai amaran kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam perdagangan haram.

Kedua-dua suspek itu dikenal pasti sebagai Aliu Mubarak dan Adewale Abiodun. Polis Nigeria menyatakan bahawa mereka sudah mengaku bersalah melakukan jenayah tersebut.

Pihak berkuasa berkata, dua suspek itu ditahan polis di negeri Oyo.

Tangkapan dilakukan selepas seorang individu lain mengaku membeli  kepala anggota polis itu daripada mereka.

Lelaki yang membeli kepala anggota polis itu dikenal pasti sebagai Oladipupo Ifakorede. Lelaki tersebut dilaporkan berkata, dia mahu menggunakan kepala manusia untuk satu upacara pemujaan ilmu hitam.

“Saya mahu menggunakannya (kepala) untuk ritual membuat wang. Ini untuk diri saya sendiri,” Ifakorede dilaporkan berkata.

Kepala itu dikatakan milik anggota polis bernama Ajibola Adegoke dan Rotimi Oladele. Mangsa merupakan antara anggota keselamatan yang terbunuh dalam tunjuk perasaan kerana membantah kekejaman polis di Nigeria baru-baru ini.

Mayat anggota polis itu dibakar selepas mereka dibunuh pada Oktober lalu.

Pesuruhjaya Polis Oyo, Joe Enwonwu berkata, seramai lima individu sudah ditahan berkait kes jenayah itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI