fbpx
ALIFF SYUKRI

Menangis tak dapat bercuti, Aliff Syukri kena kecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi satu perkongsian video dalam laman Facebook telah menangis kerana tidak dapat bercuti ke luar negara dan membeli-belah ekoran pandemik Covid-19.

Berdasarkan rakaman video tersebut, usahawan yang turut bergelar penyanyi itu  itu dilihat begitu terkesan dengan musibah Covid-19 yang telah menyekat aktivitinya untuk berbelanja dan berjalan-jalan ke luar negara.

“Tolong korona, tolong jauh, tolonglah pergi. Muncul datang lagi, kenapa? Dulu dah baik-baik kau (korona) berambus, sekarang kau datang lagi.

“Tolonglah. Sebab kau aku tak boleh jalan-jalan. Sebab kau aku tak boleh shopping (membeli-belah), sebab kau aku tak boleh bercuti ke luar negara,” ujar pelantun lagu Bobo Di Mana itu.

Tindakan Aliff meluahkan perasaannya dalam laman sosial itu bagaimanapun telah mendapat kecaman dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan dirinya sebagai individu tidak sensitif.

“Orang lain merayu supaya tak kena buang kerja , mintak bantuan makanan tau . Setidak-tidaknya  kita masih bernasib baik masih ada rezeki (walaupun saya tidak sekaya Datuk),” seorang pengguna Facebook.

Seorang lagi pemilika akaun @SufiahRazak pula secara halus menulis: “Itulah bezanya Alif Satar dengan Aliff ni.”

Bahkan, rata-rata berpendapat bahawa Aliff tidak peka dan bersyukur berbanding masyarakat lain yang lebih terjejas sehingga ada yang tidak cukup menampung perberlanjaan harian termasuk makan dan minum. – K! ONLINE

POPULAR