fbpx

Lagi laporan polis berkaitan pelaburan iShareFans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis menerima satu lagi laporan berkaitan kes pelaburan LikeShare membabitkan kerugian berjumlah RM8,593.

Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk S.Sasikala Devi berkata, laporan tersebut dibuat di Gombak, Selangor kelmarin.

“Sebelum ini, kita menerima dua laporan berkaitan kes itu yang dibuat mangsa di Sabah dan Pahang dengan jumlah kerugian RM6,000 dalam bulan November.

“Terbaharu, satu lagi laporan kita terima di Gombak membabitkan kerugian RM8,593,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti modus operandi serta tempoh sindiket itu aktif.

“Kita minta mana-mana individu yang terlibat dipercayai menjadi mangsa pelaburan berkenaan untuk tampil membuat laporan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan,” ujarnya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Gagasan Baru Harapan Malaysia (GBHM) melahirkan kebimbangan terhadap nasib dua juta pelabur skim yang dikenali sebagai iShareFans.

Presiden GBHM, Mohd. Zulfitri Mohd. Basir berkata, pihaknya terpanggil untuk membuat laporan polis mengenai skim itu selepas mendapati pengoperasian perniagaan itu agak meragukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI