fbpx

Cinta Mimi, Syafiq bertaut kembali?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN cinta Mimi dan Shafiq dikatakan kembali berbunga ketika ini.

UMUM tahu hubungan cinta antara pelakon Mimi Lana dengan Syafiq Kyle terputus di tengah jalan pada Mei lalu.

Ramai juga yang kecewa selepas mereka mengumumkan berita tersebut.
Namun, selepas lima bulan kemudian, Diva terdengar bahawa cinta mereka sudah terjalin semula baru-baru ini.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut apabila Syafiq menghantar sejambak bunga yang disertakan dengan sebiji belon dan sekotak minyak wangi sempena hari ulang tahun kelahiran Mimi ke-25 pada 21 November lalu.

Hadiah istimewa daripada Syafiq itu telah dikongsikan Mimi menerusi InstaStory miliknya buat tatapan peminat.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah kad ucapan yang diselitkan pada hadiah tersebut.

 

HADIAH hari jadi daripada Shafiq untuk Mimi baru-baru ini.

Kad ucapan yang bertulis, ‘To Mimi Roziana Happy Birthday and Love You Sayang, From Syafiq Syamim’ itu seolah-olah memberi gambaran kuat bahawa hubungan cinta mereka sudah bertaut kembali.

Dalam video dan foto tersebut, kelihatan Mimi cuba menutup perkataan ‘Love You Sayang’ tersebut dengan jarinya, tetapi sayangnya, netizen lebih pantas menjalankan kerja.

Rata-rata peminat mendoakan agar hubungan mereka pulih dan bergelar sebagai pasangan kekasih mereka.

Tidak dinafikan, pasangan sejoli memang sama cantik sama padan. Jika benar cinta sudah berputik kembali, Diva doakan yang terbaik buat mereka dan sekiranya tidak, teruskan bersahabat sampai ke syurga.

DIVA: Isu pembayaran royalti dalam kalangan penyanyi tempatan masih tiada kesudahan. Agaknya salah siapa perkara ini yang masih tiada jalan penyelesaian?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI