fbpx

Roy Jones perlu hati-hati tumbukan Tyson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONES (kiri) perlu berwaspada pada aksi tersebut kerana Tyson masih mempunyai tumbukan yang padu sebagai senjata utamanya. – AFP

CALIFORNIA – Petinju profesional Britain, Tyson Fury memberi bayangan bahawa pertaru­ngan pertunjukan melibatkan jaguh tinju veteran, Mike Tyson menentang Roy Jones Jr. akan berakhir dengan keputusan knock-out (KO).

Fury yang juga juara heavyweight dunia percaya Jones Jr. tidak boleh mengambil mudah dengan tumbukan Tyson masih memiliki kekuatan luar biasa yang mungkin boleh membuatkannya tumbang di atas gelanggang.

“Saya masih tidak pasti sama ada pertarungan itu bersyaratkan pertunjukan atau benar-benar serius sehingga memboleh­kan keputusan KO dikeluarkan. Jika ia berlaku, Jones Jr. berada dalam bahaya.

“Secara jujur, saya sangat takut jika bertarung dengan Tyson kerana dia sememangnya ter­kenal dengan tumbukan padu. Justeru, amaran saya kepada Jones Jr. supaya bertahan selama mungkin untuk elak daripada KO,” katanya.

Sementara itu, penyiar rasmi pertarungan blockbuster itu, Triller menerusi pengerusinya, Ryan Kavanaugh berkata, kedua-dua petinju itu telah diberi ‘lampu hijau’ untuk bertarung se­perti pertarungan sebenar kerana hanya seorang juara yang dicari.

“Saya tahu ada kekeliruan mengenai format pertarungan sebelum ini. Justeru, suka untuk saya jelaskan bahawa Tyson dan Jones Jr. boleh melakukan KO ke atas satu sama lain.

“Apa yang pasti, pertarungan ini sama seperti pertarungan tinju profesional yang lain, tetapi apa yang membezakan adalah sarung tangan yang digunakan lebih tebal dan hanya masa dua minit diberikan setiap pusingan (lapan keseluruhan),” katanya

Pakar kajian sukan prestasi tinggi, Irineu Locturco dari Universiti Federal, Sao Paolo, Brazil mendedahkan bahawa kekuatan tumbukan bagi petinju kategori heavyweight adalah sekitar 450 kilogram, nemun percaya Tyson memiliki kekuatan lebih daripada itu. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI