fbpx

Kejohanan Berpasukan BAM capai matlamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Avengers muncul juara selepas mencatatkan dua kemenangan pada Kejohanan Berpasukan Campuran BAM yang berakhir Rabu lalu.

PENGARAH Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann me­ngakui Kejohanan Berpasukan Campuran BAM yang berakhir Rabu lalu mencapai matlamat penganjuran.

Beliau yang juga bekas perseorangan lelaki No. 1 dunia berkata, tujuan utama pertan­dingan adalah untuk menilai sejauh mana kemampuan pemain berdepan tekanan ketika berada di dalam gelanggang.

Katanya, meskipun kejohanan itu sekadar simulasi, namun ia memberi peluang kepada semua pemain untuk merasai suasana pertandingan yang sebenar.

“Bagi saya, kejohanan ini memberi banyak manfaat kepada semua pemain. Walaupun pasukan dibentuk menerusi gabungan pemain muda dan senior, namun mereka menunjukkan kerjasama yang tinggi dalam memburu mata.

“Kejohanan ini dijadikan sebagai platform untuk melihat daya tahan pemain berdepan tekanan serta bagaimana mereka menghadapinya. Secara keseluruhan, kejohanan ini sudah capai matlamat,” kata Choong Hann.

Pada masa sama, beliau percaya kejohanan itu juga memberi banyak manfaat kepada barisan kejurulatihan bagi menilai serta memperbaiki program latihan berdasarkan prestasi pemain.

Selain itu, ujar Choong Hann, tugas jurulatih kini tidak hanya tertumpu pada latihan fizikal semata-mata, namun mereka perlu memastikan emosi setiap pemain berada dalam keadaan baik.

“Saya tahu barisan kejurulatihan berdepan situasi baharu apabila perlu memastikan emosi setiap pemain tidak terjejas kerana perlu menjalani rutin harian yang sama setiap hari,” tambah beliau.

Sebagai rekod, pasukan ­Avengers yang diketuai pemain beregu lelaki No.1 negara, Soh Wooi Yik muncul juara selepas mencatat dua kemenangan dalam tiga perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI