fbpx

Bekalan ikan dalam negara mencukupi walaupun tengkujuh, banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin (tengah) menyampaikan Bantuan Mesra Rakyat berjumlah RM51,000 kepada kawasan rukan tetangga dan persatuan ibu bapa dan guru untuk Parlimen Bukit Gantang hari ini.

BUKIT GANTANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan stok bekalan mencukupi untuk keperluan seluruh negara walaupun beberapa negeri di Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan dilanda musim tengkujuh serta banjir.

Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya telah menyediakan bekalan sumber protein berkenaan menerusi stok simpanan ikan-ikan segar beku (Q-Fish) di dua lokasi di Besut, Trengganu dan Kuala Kedah, Kedah.

“Untuk jangkamasa panjang pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk membina lima korum dengan kapasiti masing-masing mampu menampung sehingga 2,000 metrik tan.

“Seterusnya LKIM akan membeli dan menyimpan sumber bekalan tersebut bagi menangani isu harga dan sumber bekalan ikan ketika musim tengkujuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Mesra Rakyat di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang hari ini.

Dalam majlis tersebut, Syed Abu Hussin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyerahkan Bantuan Mesra Rakyat berjumlah RM51,000 kepada tujuh kawasan rukun tetangga dan enam persatuan ibu bapa dan guru untuk parlimen berkenaan.

Beliau turut menyumbangkan Bantuan Pelajar Miskin sejumlah RM49,502 kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat di Bukit Gantang.

Menurut Syed Abu Hussin, kerajaan telah menyediakan bantuan elaun sara hidup kepada nelayan apabila tibanya musim tengkujuh bagi meringankan beban mereka.

“Sebanyak 40,000 orang nelayan layak menerima bantuan elaun sara hidup yang telah di naikkan daripada RM250 sebulan ke RM300 sebulan seperti yang telah dibentangkan di dalam Belanjawan 2021.

“Seramai 3,400 orang nelayan darat juga turut diberi perhatian apabila mereka turut mendapat elaun sara hidup RM250 berbanding RM200 sebelum ini,” katanya.

Katanya, kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta sebagai pinjaman kepada nelayan sebagai kegunaan untuk menaik taraf bot kecil kepada bot besar selain menaik taraf peralatan lama yang digunakan untuk menangkap ikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI