fbpx

Beberapa lagi parti politik akan sertai PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Perikatan Nasional (PN) sedang mempertimbangkan permohonan beberapa parti lain yang mahu menyertai gabungan parti politik tersebut dalam tempoh terdekat.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyertaan parti politik terbabit akan menjadikan PN sebuah gabungan politik yang berciri nasional dan mewakili kepentingan seluruh masyarakat di negara ini.

“Asasnya mudah. Kita tidak boleh bersendirian. Kita memerlukan rakan-rakan dari parti-parti politik yang lain untuk menghadapi pilihan raya dan membentuk kerajaan.

“Bersatu jika bertanding secara bersendirian, mungkin boleh menang kerusi, tetapi tidak mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” katanya pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2020 hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, PN yang menggabungkan Bersatu dan Pas akan menjadi sumber kekuatan politik yang penting bagi orang Melayu dan masyarakat Islam negara ini.

Kata beliau, pada masa sama PN mempunyai rakan politik daripada parti STAR dan SAPP yang mewakili masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera di Sabah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI