fbpx

Selangor bakal laksana Temco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kilang Top Glove yang mencatatkan peningkatan kes dalam Kluster Teratai. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) di lokaliti yang berisiko meningkatnya kes Covid-19 di negeri itu.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata,tindakan itu bagi mengambil iktibar peningkatan kes dalam Kluster Teratai, yang melibatkan pekerja syarikat Top Glove.

“Sebelum kita isytihar Temco, pegawai kesihatan akan membuat pemeriksaan dan menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap penduduk lokaliti berkenaan.

“Sekiranya kawasan terbabit berpotensi mencatatkan kes yang tinggi, kita akan kuatkuasa Temco di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ditanya jumlah kes yang membolehkan Temco itu dilaksanakan, Dzulkefly menegaskan perkara itu akan diputuskan kerajaan sendiri.

Ujar beliau, STFC juga akan meminta mana-mana syarikat menyediakan pusat kediaman lain bagi proses menjalani kuarantin kendiri sekiranya Temco dilaksanakan di asrama pekerja sesebuah syarikat.

“STFC akan memperkenalkan Program Sinergi Tiga Segi, program kerjasama di antara kerajaan negeri, pihak swasta dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Melalui program ini, majikan diminta secara sukarela menjalankan ujian saringan terhadap pekerjanya dengan kos ditanggungnya sepenuhnya oleh mereka,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI