fbpx

Sarjan Norihan beri reaksi positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarjan Norihan Tari menjalani pembedahan di HPP, George Town.

GEORGE TOWN – Sarjan Norihan Tari, 39, yang terlibat dalam insiden tembakan di pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar Selasa lalu mula menunjukkan perkembangan positif hari ini.

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini dengan ditemani isterinya.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, anggota terbabit mula memberi reaksi yang baik selepas menjalani pembedahan membuang dua butir peluru pada perut semalam.

“Keadaannya kini sudah sedar dan memberi respon kepada saya ketika melawatnya pada pukul 10 pagi tadi.

“Pembedahan susulan bagi membuang sebutir lagi peluru pada paru-paru bergantung pada keadaan anggota terbabit. Dia kini berada di bawah pemantauan pakar,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Norihan selamat menjalani pembedahan membuang peluru pada perut selepas dimasukkan ke Dewan Bedah pada pukul 1.30 petang.

Pembedahan yang dilakukan mengikut jadual itu mengambil masa lebih empat jam.

Dalam kejadian pukul 3.10 pagi Selasa lalu, Norihan dan seorang lagi anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkena tembakan dipercayai oleh anggota kumpulan penyeludup ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, Perlis.

Bagaimanapun, Baharuddin maut di tempat kejadian selepas ditembak di bahagian kiri perut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI