fbpx

Polis tahan lelaki pecah masuk bengkel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Polis menahan seorang lelaki kelmarin selepas dipercayai terlibat kegiatan pecah bengkel di Taman Batu Greenwood di sini pada 19 November lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 39 tahun yang memaklumkan menyedari bengkel kenderaan milik adiknya telah dipecah masuk pada pukul 8.45 pagi.

“Semasa pengadu sampai di bengkelnya mendapati pintu masuk bahagian tepi dalam keadaan terbuka dan terdapat kesan umpil disyaki dipecah masuk.

“Pengadu turut memaklumkan kehilangan wang tunai dan barangan bengkel yang dianggarkan berjumlah RM7,730,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Arifai berkata, bertindak atas maklumat, pada pukul 2 petang semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan Gombak Permai, Batu Caves, Selangor.

“Semasa pasukan polis tiba, terdapat tiga lelaki sedang duduk di tepi rumah dan telah bertindak melarikan diri. Salah seorang daripada suspek berjaya ditangkap di sekitar Pangsapuri Permai, Batu Caves, Selangor

“Polis turut merampas sebuah bateri kereta yang disyaki dicuri dari bengkel pengadu di sebuah premis di sekitar Jalan Stesen, Batu Caves,” tambahnya.

Katanya, siasatan mendapati suspek disyaki terlibat dalam kes pecah bengkel pengadu bersama seorang rakan yang masih bebas.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kini ditahan reman selama enam hari mulai hari ini hingga 2 Disember depan untuk siasatan lanjut,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI