fbpx

Dua remaja ditahan halang tugas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Tindakan dua orang lelaki yang enggan memberikan kerja sama selepas diarah memberhentikan kenderaan oleh pihak polis akhirnya membawa padah apabila ditahan di sekitar Jalan Gombak Batu 10, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ketika kejadian sekitar pukul 2.30 petang semalam sepasukan polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan Sungai Pusu sebelum ternampak sebuah kereta jenis Proton Perdana warna putih dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan polis telah menghampiri kereta tersebut bagi tujuan pemeriksaan. Tetapi, pemandu kereta tersebut enggan berhenti dan terus memecut laju.

“Pasukan polis bertindak mengejar dan berjaya menahan kereta tersebut hingga di Kawasan Desa Makmur tetapi suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arifai berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Gombak telah ke sebuah rumah di Jalan Gombak Batu 10 pada pukul 10.45 malam semalam dan berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 17 dan 22 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

“Siasatan mendapati kereta yang digunakan oleh suspek telah tamat cukai jalan.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini hingga 30 November untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI