fbpx

DRB-HICOM catat untung RM142.42 juta suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – DRB-HICOM Bhd. (DRB-HICOM) mencatat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM142.42 juta bagi suku ketiga tahun kewa­ngan 2020.

Keputusan ini disumbangkan oleh pembukaan semula ekonomi menjelang lewat suku kedua apabila bermulanya fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, perolehan untuk tempoh itu juga bernilai RM3.56 bilion.

“Sektor automotif, per­khidmatan dan hartanah DRB-HICOM mencatat prestasi terbaik bagi tahun kewangan semasa dalam suku ketiga.

“Anak syarikat, syarikat kerjasama serta syarikat bersekutu Kumpulan semuanya mencatat prestasi baik dalam tempoh tersebut,” jelasnya.

DRB-HICOM menerangkan, bagi tempoh sembilan bulan sehingga 30 September 2020, Kumpulan mencatat kerugian sebelum cukai berjumlah RM408.68 juta berbanding pe­rolehan bernilai RM8.31 bilion.

Kerugian ini adalah akibat kesan signifikan PKP dan juga kerugian modifikasi daripada moratorium yang dipanjangkan kepada pelanggan perbankan dalam tempoh tersebut.

Mengulas lanjut, Kumpulan menjelaskan, keputusan kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan bagi pembelian kenderaan penum­pang sehingga penghujung tahun telah menjana sektor automotif termasuk pembuatan komponen.

Perolehan bagi sektor ini berjumlah RM2.54 bilion untuk tempoh tiga bulan tersebut, peningkatan 140.91 peratus berbanding suku sebelumnya.

Sektor perkhidmatan mencatatkan perolehan sebanyak RM918.67 juta dalam suku ketiga, naik 5.4 peratus berbanding suku kedua, didorong segmen perbankan dan perkhidmatan pos.

Sektor hartanah pula tertekan kerana ia antara subsektor yang paling lewat dibuka semula selepas PKP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI