fbpx

BN ambil tindakan jika janji skim i-Sinar tidak ditunaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya menunaikan janji berhubung pengeluaran skim i-Sinar seperti diumumkan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) berkata, jika komitmen serta janji kerajaan PN itu tidak tertunai, maka BN akan mengambil tindakan lanjut.

Bagaimanapun, beliau menegaskan BN masih bersangka baik bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempermudahkan, tidak menyusahkan atau menafikan hak rakyat mengeluarkan wang mereka melalui skim tersebut.

“Jika masih rumit atau menyusahkan, BN masih ada peluang untuk menolak bajet pada undian peringkat jawatankuasa.

“Jikapun bajet diluluskan sepenuhnya dan kerajaan masih tidak tepati janji pada kita dan rakyat, saya dan BN masih ada cara serta jalan untuk tuntut kerajaan penuhi tuntutan-tuntutan ini,” katanya di akaun Facebook beliau.

Semalam kerajaan mengumumkan semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan dianggarkan lebih 8 juta orang dibenarkan mengeluarkan wang daripada Akaun 1 mereka dibawah skim i-Sinar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik berkata, kebenaran itu tidak mengira sama ada ahli KWSP yang hilang pekerjaan atau yang terkurang pendapatan pada tahun ini.

Terdahulu, Najib mendakwa masih ada pihak berasa bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.

Beliau berharap semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada KWSP mengumumkan secara terperinci berhubung proses pengeluaran skim i-Sinar.

“Pemuda UMNO telah berjanji untuk memantaunya daripada segi perlaksanaannya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI