fbpx

Tindakan terpuji Fernandes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan gol ketiga United ketika menewaskan Basaksehir 4-1 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Mes­kipun berpeluang untuk me­­lakar hatrik ketika berjaya menewaskan Istabul Basaksehir 4-1 awal pagi semalam, namun pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes memberi peluang kepada Marcus Rashford untuk meledak gol.

Tindakan Fernandes mendapat pujian selepas membenarkan Rashford menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadi penjaring gol terbanyak saingan Liga Juara-Juara setakat ini.

Pada perlawanan tersebut, Fernandes membuka jaringan pada minit ketujuh dan minit ke-19, namun ketika United dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 35, bintang Portugal itu memberi laluan kepada Rashford menyudahkannya.

Kemenangan tersebut penting buat skuad Ole Gunnar Solskjaer untuk mereka me­nebus kekalahan memalukan sebelum ini apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada kelab dari Turki itu dalam aksi Kumpulan H.

“Sememangnya semua pemain mahukan hatrik tetapi selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan West Brom pada Sabtu lalu, saya memberitahu Rashford bahawa dia boleh mengambil sepakan pe­nalti seterusnya.

“Dia merupakan penjaring terbanyak saingan Liga Juara-Juara, jadi saya berasakan ia penting baginya untuk kekal meraih keyakinan dan terus menjaringkan gol.

“Seperti yang saya katakan, tidak kisah siapa yang mengambil sepakan penalti selagi pasukan ini mampu mendapatkan gol. Apabila pasukan menjaringkan gol, saya mendapatkan keyakinan untuk melakukan jaringan.

“Rashford juga memiliki kemampuan dalam mengambil sepakan penalti, jadi ini merupakan pilihan terbaik buat pasukan untuk meraih kemenangan. Saya gembira kami berjaya merealisasikannya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI