fbpx

RUU Perbekalan 2021 lulus dalam kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Belanjawan 2021 pada peringkat dasar diluluskan di Dewan Rakyat hari ini melalui undian suara majoriti Ahli Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan itu pada pukul 3.28 petang tadi.

Terdahulu, RUU Perbekalan 2021 dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan sokongan semua Ahli Parlimen kerajaan.

Kelulusan RUU berkenaan berlangsung dalam keadaan riuh berikutan berlakunya pertikaman lidah melibatkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sehingga memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta Ahli-Ahli Parlimen untuk berhenti dan bertenang.

Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November lalu dibahaskan pada peringkat dasar selama lapan hari bermula 9 November 2020.

Pada pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan mengumumkan peruntukan perbelanjaan mencecah RM322.5 bilion iaitu jumlah terbesar dalam sejarah negara.

Daripada jumlah itu, RM236.5 bilion disalurkan kepada perbelanjaan operasi, RM69 billion kepada perbelanjaan pembangunan dan RM17 billion kepada Kumpulan Wang Covid-19.

Belanjawan 2021 merupakan belanjawan pertama dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengambil alih pentadbiran negara pada Mac lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI