fbpx

Polis Thailand panggil 12 ketua rali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa peserta prodemokrasi memakai kostum dinosaur semasa menyertai protes ‘Pelajar Jahat’ di Bangkok pada Sabtu lalu. – AFP

BANGKOK – Seramai 12 pemim­pin pergerakan prodemokrasi Thailand dipanggil polis untuk menjawab pertuduhan memfitnah institusi diraja, undang-undang drakonian pertama kali digunakan dalam tempoh hampir tiga tahun di negara itu.

Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha pada minggu lalu memberi lampu hijau kepada pihak berkuasa untuk menggunakan pertuduhan durhaka terhadap mana-mana penunjuk perasaan.

Undang-undang yang me­nye­kat mana-mana kritikan terhadap keluarga diraja itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Thailand berdepan pergolakan sejak beberapa bulan lalu apabila kumpulan orang muda mengetuai rali menuntut satu Perlembagaan baharu, rombakan terhadap institusi monarki dan mendesak Chan-O-Cha untuk meletak jawatan.

Keadaan semakin tegang di ibu kota Thailand dengan anggota keselamatan menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk mengusir penunjuk pera­saan di luar bangunan Parlimen pada minggu lalu.

Seramai 55 orang cedera dan enam orang terkena tembakan semasa bertempur dengan kumpulan promonarki. Polis Thailand masih menyiasat punca kejadian tembakan.

Bangunan ibu pejabat polis di Bangkok turut diconteng dan dilempar cat oleh beberapa peserta pergerakan antimonarki.

Thailand mempunyai undang-undang fitnah diraja paling tegas di dunia. Ia juga merangkumi apa jua perbuatan mengkritik institusi monarki di media sosial termasuk perkongsian.

Di bawah Seksyen 112 Kanun Jenayah, mana-mana individu yang didapati memfitnah, menghina atau mengancam raja, permaisuri atau kerabat boleh dihukum penjara tiga hingga 15 tahun bagi setiap pertuduhan. Undang-undang itu tidak digunakan sejak 2018.

Barisan peguam Thailand untuk Hak Asasi berkata, 12 pemimpin protes dipanggil termasuk peguam Anon Numpha, Panupong ‘Mike’ Jaadnok dan pemimpin pelajar Panusaya ‘Rung’ Sithijirawattanakul serta Parit ‘Penguin’ Chiwarak.

“Saya tidak gentar dan saya percayai dengan penerimaan 112 pucuk surat panggilan, ia cuma mendorong lebih ramai keluar untuk rali.

“Adakah ini bermaksud mo­narki mengisytiharkan perang dengan orang ramai, adakah ia wajar?” kata Parit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI