fbpx

Hidangan nasi jerra puluo di Casuarina@Kuala Kangsar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Jika ingin membawa diri daripada hiruk pikuk kesesakan di bandar, Hotel Casuarina@ Kuala Kangsar pasti membawa pengalaman menarik buat para pengunjungnya.

Lebih mengujakan apabila pengunjung menjamu selera di restoran berkenaan sambil bersantai menikmati pemandangan indah Sungai Perak.

Menu masakan yang disajikan dari dapur hotel berkenaan menepati selera pelanggan, an­tara­nya ialah pucuk ubi goreng bawang putih, ayam antawada keju, da­ging kicap berempah, ikan masak lemak, kambing bawang lada hitam dan telur dadar kampung.

Hidangan istimewa itu di­ser­takan sekali dengan dua jenis nasi iaitu nasi jerra puluo atau dikenali sebagai nasi minyak jintan putih dan nasi herba kelapa dara.

Pengarah Jualan Hotel Casua­rina@Kuala Kangsar, Sabrina Ah­mad berkata, nasi yang dimasak menggunakan beras jerra ini merupakan sajian yang popular dalam kalangan masyarakat di utara India selain di Pakistan.

“Kami menawarkan beberapa hidangan bersesuaian untuk pe­langgan pada harga serendah RM15 sama ada dipesan menerusi online untuk penghantaran atau makan di restoran hotel,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Sabrina menerangkan, selain set hidangan tersebut, pelanggan boleh mencuba set combo yang terdiri daripada daging kunyit hidup, kari ikan okra, beriani kambing gurun, masak lemak telur pecah dan dalca sayuran bersama bubur pulut hitam.

Dua jenis nasi disediakan untuk set tersebut iaitu nasi mab­ruk dan nasi lemuni.

Tambah beliau, pihaknya turut menyediakan dua set hi­dangan lain untuk seorang pada harga hanya RM15 iaitu nasi mabruk ayam bersama tomato salsa, kari dal dengan bubur kacang hijau sebagai pencuci mulut serta minuman.

“Set kedua ialah spaghetti dengan sos krim, gril chicken cop dengan banana crumble untuk pencuci mulut serta minuman,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI