fbpx

Barca mara pertahan rekod sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRIEZMANN yang masuk sebagai pemain gantian berjaya meledak satu gol ketika mereka menewaskan Kyiv awal pagi semalam. – AFP

KYIV, Ukraine – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman menjelaskan, keputusannnya tidak menyenaraikan Antoine Griezmann dalam kesebelasan utama kerana enggan penyerang Perancis itu mengalami kecede­raan yang lebih serius.

Sebaliknya, Koeman, 57, gembira dengan impak Griezmann selepas dimasukkan pada minit ke-66 menggantikan Philippe Coutinho dalam kemenangan 4-0 ke atas Dynamo Kiev pada aksi Liga Juara-Juara di NSC Olympiyskiy awal pagi semalam.

Bukan itu sahaja, penyerang berusia 29 tahun berkenaan turut berjaya mencetak nama sebagai penjaring selepas meledak gol keempat Barcelona pada hujung perlawanan.

“Griezmann diletakkan di bangku simpanan kerana kami mengambil langkah berhati-hati disebabkan kecederaan dialami­nya. Jadi, saya memberi peluang kepada pemain yang lebih banyak berlatih tetapi kurang minit permainan.

“Dia bermain dengan bagus tetapi tuah tidak memihak kepadanya untuk menjaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan ini. Secara keseluruhan, saya amat gembira dengan kerja keras yang diberikannya ketika ini,” kata Koeman.

Walaupun Koeman tidak menyenaraikan Lionel Messi menentang Dynamo awal pagi semalam, namun skuad bimbi­ngannya masih berupaya menjaringkan empat gol menerusi dua jaringan Martin Braithwaite dan masing-masing satu daripada Sergino Dest serta Griezmann.

Kemenangan itu mengesahkan slot Barcelona pada saingan 16 pasukan terbaik selepas berjaya mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam empat perlawanan dilalui meskipun saingan masih berbaki dua perlawanan menentang Ferencvaros dan Juventus bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI