fbpx

Tak pandai masak, selalu gaduh dengan kakak – Shima Anuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shima mengaku suatu ketika dulu dia tidak tahu membezakan antara lalang dan serai.

PETALING JAYA – Pelakon Shima Anuar dalam satu perkongsian dalam Instagram mengakui bahawa hubungan antara dia dengan kakaknya tidak begitu rapat sehinggalah mereka membuka perniagaan bersama.

Bahkan, pelakon yang popular menerusi drama Isteri Dalam Sangkar itu turut berkata bahawa mereka sering bergaduh dengan semasa kecil disebabkan kenakalannya.

“Saya sudah tidak mempunyai ibu sejak berusia 11 tahun. Saya ada seorang sahaja kakak. Lain semua abang dan adik lelaki. Dahulu saya lagi rapat dengan abang.

“Selalu gaduh dengan kakak sebab saya nakal. Kakak saya baik. Dah tua-tua baru rapat dengan kakak,” kata pelakon berusia 29 tahun itu.

Pelakon yang telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan itu juga mendedahkan bahawa dahulu dia tidak pandai memasak.

“Jadi apa-apa pun semua dengan kakak. Saya tidak pada memasak pun dahulu. Suruh pergi ambil serai belakang rumah, aku pergi cabut lalang.

“Nak masak pun main belasah (hentam) sahaja. Kalau tidak tahu apa-apa mesti akan tanya dia,” katanya.

Bagaimanapun, hubungan Shima dengan kakaknya kini telah bertambah baik selepas mereka sama-sama menjalankan perniagaan menjual laksam yang turut disertai oleh adik-beradiknya yang lain.

“Semoga sama-sama dimurahkan rezeki kita adik-beradik. Insya-Allah amin,” kata Shima.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI