fbpx

Anak Ika Nabella jadi ‘bayi oren’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKA mendedahkan Muhammad Noah didiagnosis penyakit karotenemia.

PETALING JAYA – Pelakon Ika Nabella mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Noah Zayn disahkan menghidap penyakit karotenemia iaitu salah satu jenis penyakit kuning yang sering dialami kanak-kanak.

Perkara tersebut dikongsi Ika menerusi hantaran Instagramnya hari ini yang memaparkan video anak lelakinya sedang belajar mengenal abjad.

Pemilik nama penuh Ika Nabila Abdul Rahim, 31, memberitahu, punca penyakit tersebut disebabkan pengambilan makanan yang mempunyai karotin berlebihan seperti sayur lobak merah.

“Mak cik dan pak cik tolong doakan Muhammad Noah sihat sempurna. Dia kini disahkan sebagai bayi karotenemia atau orang selalu panggil sebagai ‘bayi oren’ kerana pengambilan makanannya.

“Perkara tersebut berikutan pengambilan makanan karotin yang berlebihan. Dia sangat suka lobak merah. Salah mummy,” kongsinya.

Bagaimanapun, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu turut memaklumkan situasi tersebut tidak membahayakan kesihatan anaknya.

“Jangan risau sebab keadaan Noah baik saja sebab tidak berbahaya. Cuma mummy dan ayah perlu merawat warna kulitnya kerana terlalu banyak pigmentasi kuning dan peningkatan beta-karotin dalam darah.

“Tiada lagi lobak merah atau labu untuk Muhammad Noah! Kita beri sayur hijau dan merah okey?” kongsinya lagi.

Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam selamat bergelar suami isteri pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan di Pulau Pinang.

Pasangan berkenaan menimang Muhammad Noah pada 23 Oktober 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI